AS Lancar Serangan Berhampiran Selat Hormuz - Trump

HAMILTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata pasukan AS sedang menyerang sasaran Iran berhampiran Selat Hormuz, sambil memberi amaran kepada Tehran supaya tidak bertindak balas, lapor Anadolu Ajansi.

“Amerika Syarikat, ketika ini, sedang menyerang sasaran Iran berhampiran Selat Hormuz,” tulis Trump menerusi platform Truth Social.

Trump menyifatkan serangan itu sebagai “besar dan kuat” serta berkata tindakan berkenaan sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkannya sebagai “percubaan gagal” Iran untuk memasang periuk api laut di selat itu.

Beliau turut merujuk serangan peluru berpandu Iran ke atas sebuah pangkalan AS di Jordan, dengan berkata Iran melancarkan lapan peluru berpandu dan kesemuanya “berjaya dipintas”.

Trump memberi amaran bahawa sebarang tindak balas Iran akan mendorong AS melancarkan serangan lebih hebat.

“Jika Iran bertindak balas terhadap serangan yang sangat berasas ini, mereka akan diserang sekali lagi pada tahap yang jauh lebih hebat,” kata beliau.

© 2026 TipTalk. All Rights Reserved.