Presiden Kelab Bola Sepak Mati Ditembak Di Bulgaria

PLOVDIV – Seorang ahli perniagaan terkemuka yang juga presiden sebuah kelab bola sepak liga utama di Bulgaria ditemui maut selepas ditembak di bandar Plovdiv pada awal pagi Rabu.

Mangsa, Iliyan Filipov, merupakan pemegang saham majoriti kelab bola sepak FC Botev Plovdiv serta pemilik syarikat pengangkutan dan logistik gergasi, PIMK.

Menurut laporan media tempatan, insiden tembakan berlaku kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan di sebuah premis milik mangsa.

Polis Tutup Laluan Bandar Buru Suspek

Susulan kejadian tragis berkenaan, pihak polis menyekat serta-merta semua laluan keluar dan masuk utama di Plovdiv—iaitu bandar yang terletak kira-kira 145 kilometer dari ibu negara, Sofia—bagi mengesan suspek yang terlibat.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut bagi mengenalpasti motif pembunuhan tersebut.

""Kami sedang giat menjejaki semua petunjuk serta bukti yang ada di lokasi kejadian," tegas Pendakwa Raya Daerah Plovdiv, Vanya Hristeva, dalam satu sidang media.

Kes pembunuhan melibatkan tokoh korporat dan sukan ini telah mengejutkan komuniti bola sepak negara berkenaan.

© 2026 TipTalk. All Rights Reserved.