KALIMANTAN BARAT — Keadaan jerebu ekstrem di Pontianak mencuri perhatian apabila langit dilihat bertukar oren kemerahan, manakala bangunan dan pokok semakin kabur akibat asap tebal.
Seorang wanita Malaysia yang kini berada di Kalimantan berkongsi rakaman situasi tersebut menerusi Threads dan mendakwa bacaan IPU mencecah lebih seribu ketika video berkenaan dirakam.
Keadaan jerebu dilaporkan begitu tebal sehingga kesannya turut dirasai ketika berada di dalam pasar raya. Rakaman tersebut mendapat perhatian ramai kerana suasana sekitar kelihatan seperti rakaman lama dengan tona oren akibat asap yang memenuhi udara.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kehutanan Indonesia, Raja Juli Antoni berkata ancaman kebakaran hutan dan tanah dijangka masih berterusan sehingga Oktober atau awal November 2026. Artikel berkenaan turut melaporkan 1,437 titik panas dikesan di seluruh Indonesia ketika isu jerebu rentas sempadan berlaku.