CUPERTINO — Apple dilapor sedang merancang strategi jangka panjang dengan memperkenalkan model telefon pintar boleh lipat generasi ketiganya menjelang tahun 2028, lengkap dengan saiz skrin luaran dan dalaman yang lebih luas.
Menurut laporan Amanz yang memetik penganalisis Bloomberg, perincian jadual berkenaan terlepas ke pengetahuan umum menjelang pelancaran model boleh lipat pertama mereka, iPhone Ultra, di bawah teraju Ketua Pegawai Eksekutif baharu, John Ternus.
Peta jalan (roadmap) produk Apple memperlihatkan perubahan besar dalam jadual pengeluaran mereka, di mana model asas bakal dilancarkan pada separuh pertama setiap tahun, manakala barisan Pro disasarkan pada separuh kedua.
Model: iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max, dan iPhone Ultra.
Ciri Utama: Dikuasai pemproses terbaharu cip A20 Pro serta ketahanan bateri yang lebih tinggi.
Keunikan iPhone Ultra: Rekaan fizikal bersaiz seperti pasport apabila dilipat dan dilengkapi semula fungsi pengimbas cap jari Touch ID (kali terakhir digunakan pada siri iPhone SE).
Suku Pertama 2027: Pelancaran model mampu milik iaitu iPhone 18 dan iPhone 18e.
Musim Bunga 2027: Pengenalan siri iPhone Air 2 yang dinaik naik dengan sistem dwi-kamera.
Pelancaran dua model iPhone Pro baharu bersempena sambutan ulang tahun ke-20 iPhone, menampilkan rekaan skrin penuh (full-screen) tanpa takuk serta bezel ultra-nipis.
Pelancaran iPhone Ultra Generasi Ke-2 yang memfokuskan peningkatan pada prestasi pemproses.
Pelancaran rasmi iPhone Boleh Lipat Generasi Ke-3 yang menampilkan saiz paparan (display) lebih besar untuk pengalaman pengguna yang lebih memuaskan.