KUALA LUMPUR — Kehadiran pihak polis termasuk Unit Pemusnah Bom (UPB) PDRM dilihat di kawasan deretan kedai di Sri Petaling susulan penemuan sebuah objek mencurigakan berhampiran kemudahan TNB.
Kawasan berkenaan dilihat telah dikawal dan dipasang garisan polis, sementara pemeriksaan terhadap objek tersebut dijalankan oleh pihak berkuasa.
Berdasarkan perkongsian gambar dan video dari lokasi, kenderaan Unit Pemusnah Bom PDRM turut kelihatan berada di kawasan kejadian.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi bahawa objek berkenaan merupakan bahan letupan atau bom. Punca dan kandungan objek tersebut juga masih belum dapat dipastikan.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan yang dikawal dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan.