Elon Musk merancang untuk membawa teknologi kecerdasan buatan (AI) ke tahap baharu menerusi pembangunan pusat data AI di angkasa.
Melalui SpaceX, pusat data tersebut dirancang untuk beroperasi di orbit dengan memanfaatkan tenaga solar bagi menyokong keperluan pengkomputeran AI yang tinggi.
Langkah awal projek berkenaan dilaporkan boleh bermula seawal penghujung 2027, namun pembangunan pada skala besar dijangka mengambil masa lebih panjang.
Bagaimanapun, projek ini masih berdepan beberapa cabaran utama termasuk pengurusan haba, radiasi angkasa, kos pelancaran serta penghantaran data antara orbit dan bumi.
Sekiranya berjaya direalisasikan, projek tersebut berpotensi membuka lembaran baharu dalam industri teknologi dengan menggabungkan AI, satelit dan teknologi angkasa dalam satu infrastruktur.