Operasi Tangkap Anjing Liar Secara Besar-Besaran Di Johor

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor melaksanakan operasi besar-besaran bagi menangkap anjing liar susulan insiden seorang kanak-kanak perempuan diserang lima ekor haiwan itu di Kampung Tambak, Peserai, baru-baru ini.

”Bagi pihak Kerajaan Negeri Johor, kita mengarahkan operasi besar-besaran bagi menangkap anjing liar di kawasan tersebut, terutamanya bagi mengenal pasti kesemua anjing liar tersebut bebas daripada rabies bagi maksud keselamatan anak kita (mangsa) ini,”

Operasi susulan itu dibuat selepas tiga siri operasi MPBP bersama JPV pada 12, 26 dan 30 Ogos lepas yang berjaya menangkap 22 ekor anjing liar, namun populasi haiwan terbabit dikesan masih tinggi di kawasan berkenaan.

Sementara itu, bagi mengurangkan beban keluarga mangsa, Mohd Fared berkata Kerajaan Negeri Johor memberi komitmen penuh untuk menanggung keseluruhan kos perubatan dan rawatan susulan mangsa di HSA selain menyediakan khidmat kaunseling kepada ahli keluarga terutamanya abang mangsa berusia 12 tahun yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Orang ramai juga diminta agar memadam dan menghentikan sebaran gambar mangsa di media sosial demi menjaga privasi keluarga, selain memohon kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menurunkan hantaran berkaitan.

© 2026 TipTalk. All Rights Reserved.