KUALA LUMPUR - Pasaran modal Malaysia dijangka terus meriah dengan kemunculan syarikat baharu di Bursa Malaysia apabila sebanyak 16 syarikat dikenal pasti berada dalam senarai IPO bagi 2026.
Daripada jumlah itu, empat syarikat telah mempunyai tarikh penyenaraian yang ditetapkan pada September ini, manakala 12 lagi masih berada dalam proses menuju penyenaraian.
Empat syarikat yang bakal disenaraikan ialah GTA Holdings, United Asiapac Energy, Butterfield FB dan Pioneer Heat Holdings.Kesemuanya dijadualkan membuat penampilan sulung di ACE Market. Empat IPO bakal disenaraikan bulan ini
GTA Holdings menjadi syarikat pertama daripada kumpulan tersebut yang dijadualkan disenaraikan pada 8 September 2026.Syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) enjin serta komponen pesawat itu menawarkan harga IPO pada 35 sen sesaham.
Selepas itu, United Asiapac Energy dijangka memasuki Bursa Malaysia pada 14 September 2026.Syarikat berasaskan sektor minyak dan gas berkenaan menetapkan harga IPO pada 35 sen sesaham.
Sehari kemudian, giliran Butterfield FB pula untuk disenaraikan pada 15 September 2026. Syarikat dalam sektor makanan dan minuman itu menetapkan harga IPO pada 48 sen sesaham.
Melengkapkan senarai ialah Pioneer Heat Holdings yang dijadualkan disenaraikan pada 17 September 2026. Syarikat kejuruteraan industri berkenaan menawarkan saham pada harga 25 sen sesaham.
Beberapa nama besar masih dalam pipeline. Selain empat IPO yang sudah mempunyai tarikh rasmi, terdapat beberapa lagi syarikat yang sedang melalui proses penyenaraian.
Antara nama yang menjadi perhatian ialah KK Mart Retail, Big Caring Group, Bestari Food, SQ Advanced Interconnect, Parkland Berhad dan 1 Doc International.
Kebanyakan syarikat terbabit dicadangkan untuk disenaraikan di Main Market Bursa Malaysia.Bagaimanapun, status berada dalam pipeline tidak bermakna syarikat berkenaan sudah mempunyai tarikh penyenaraian yang muktamad.
Sesetengahnya masih berada pada peringkat pendedahan prospektus dan menunggu proses seterusnya sebelum tawaran awam boleh dilaksanakan.