Perkembangan pesat teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kini menyaksikan penjenayah siber mengeksploitasi ciri Deepfake—kandungan digital berbentuk video, audio, atau gambar buatan—sehingga rakaman suara manusia tidak lagi boleh dipercayai secara bulat-bulat sebagai bukti identiti yang sahih.
Menerusi teknologi pengklonan suara (AI Voice Cloning), scammer kini mampu menghasilkan audio buatan yang hampir 100% serupa dengan intonasi, nada, dan gaya percakapan individu sebenar.
Evolusi teknologi ini melahirkan gelombang baharu jenayah siber yang dikenali sebagai Vishing (Voice Phishing), iaitu taktik penipuan berangkai menerusi panggilan telefon.
Modus Operandi: Menyamar sebagai ahli keluarga (anak/ibu bapa), rakan rapat, pegawai bank, atau pihak berkuasa.
Sumber Klon: Menggunakan sampel rakaman suara mangsa yang diambil daripada hantaran video di media sosial (TikTok, Instagram, Facebook).
Taktik Utama: Mencetuskan rasa panik menerusi senario kecemasan palsu (contoh: kemalangan, ditahan polis, atau memerlukan duit serta-merta).
Langkah Pencegahan: Semak semula panggil menerusi talian rasmi dan gunakan aplikasi pengecam pemanggil (Caller ID).
Dalam skenario penipuan vishing tradisional, penjenayah relies pada skrip psikologi untuk memperdaya mangsa. Namun dengan integrasi AI, scammer kini hanya memerlukan sampel audio singkat daripada platform media sosial awam untuk melatih (train) model AI bagi menghasilkan klon suara sasaran.
Sebagai contoh, mangsa mungkin menerima panggilan telefon mendesak daripada ‘anak’ mereka yang mendakwa berada dalam krisis kewangan atau kecemasan perubatan.
Ekoran nada dan ketepatan suara buatan AI itu kedengaran amat tulen, mangsa yang cemas cenderung untuk memindahkan wang pembiayaan secara melulu tanpa membuat semakan lanjut.
Ancaman pencerobohan privasi menerusi AI Voice Cloning ini menuntut perubahan drastik dalam cara masyarakat menguruskan keselamatan data peribadi dan komunikasi harian:
Keperluan “Kod Rahsia Keluarga” (Family Safety Word): Memandangkan suara tidak lagi boleh dijadikan pengesahan identiti 100%, setiap keluarga dianjurkan untuk menetapkan satu kata kunci atau password rahsia keluarga secara peribadi. Jika menerima panggilan kecemasan yang meminta wang, minta pemanggil menyebut kata kunci tersebut dahulu.
Kawal Pendedahan Audio Di Media Sosial: Elakkan membiarkan akaun media sosial anda dalam tetapan awam (public) jika kerap memuat naik video bercakap atau vlog. Penggodam boleh menggunakan perisian AI percuma untuk mengekstrak suara anda bagi tujuan jenayah scam.
Manfaatkan Aplikasi Pengecam Pemanggil: Pasang aplikasi perlindungan telefon seperti Whoscall atau Truecaller untuk mengesan nombor yang tidak dikenali dan mendapat amaran awal (spam/scam warning) sebelum anda menjawab panggilan.